April 18, 2008

EVOLUSI: KL DRIFT









Directed by :Syamsul YusofStarring : Fasha Sandha, Farid Kamil, Syamsul Yusof, Diana Danielle, Aaron Aziz, Ikram DinzlyDistributed by : Skop Productions Sdn Bhd, Grand Brilliance Sdn Bhd.


Evolusi KL Drift is a Malaysian action film influenced by The Fast and the Furious: Tokyo Drift. The film is scheduled to open in Malaysia on 3 April 2008. The movie tells the story of Zack and Sham, close friends who share a passion for drift racing. Though the sport is popular with men, Zack’s girlfriend (played by Fasha Sandha) took up the sport and became competitive in it. Two other racers, Joe and Karl, feel threatened by their female counterpart and their inability to convince others to join the sport, leading to a showdown race between Zack and Joe.


Sinopsis: Evolusi KL Drift


Zack dan Sham adalah dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam perlumbaan kereta `drift’. Kelazimannya bidang perlumbaan kereta `drift’ didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopoli itu dan menjadikannya sebagai satu hobi yang dikira `daring’ dan agresif. Diari kehidupan Fasha di masa lampau agak mengecewakan kerana pernah menjalani kehidupan yang mengkhayalkan akibat daripada pengaruh yang negatif.

Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjerumuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.Dalam mengharungi pergolakan hubungan antara Zack dan Fasha secara tidak langsung Sham telah bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan dilema yang melanda mereka berdua.

Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lahir bibit-bibit cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasaan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack. Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl merasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta `drift’ ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.

Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara Zack dan Joe mereka yelah membuat keputusan untuk berlumba kereta yang dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing. Sementara itu hubungan Sham dan Fasha semakin intim. Perasaan Zack yang menyedari hubungan ini mula bergolak. Keadaan menjadi lebih kalut apabila Zack dikejutkan dengan satu tragedi menimpa rakannya angkara Joe dan Karl. Tamat.. nak lagi gi panggung…

Filem Hebat Skop Production :

Aku telah selesai tonton pelancaran filem ini tadi. Ceritanya agak menarik juga berbanding dari Filem Impak Maksima yang sebelum ini. Tiada lihat kereta kartun lagi, ia menggunakan “real drifting” dan tidak menggunakan teknologi CGI. Aku rasa jika pergi tonton filemni, puas hati jugaklah sebab dia punya ”ending” boleh tahan dan ada “moral story”. Jalan cerita menarik, penuh dengan aksi dan tidak membosankan. Tapi Aku rasa pada permulaan cerita yang bab drifting tu, camera dia macam agak kelam kabut sikit. Tapi lama-kelamaan barulah pergerakan camera dia nampak”smooth”. Selaintu cerita ini tidak guna skrip macam Drama atau Filem Sembilu atau filem Datuk Yusuf Haslam yang lalu, so tak yah risaulah kalau nak tengok cerita ni. Cerita ni 100% untuk remaja. Tiada watak mak-mak ke bapak bapak ke… Bagi aku layan jugak !! Beri temukan jugalah untuk filem ini.. huhuhuh..