April 18, 2008

SERAM 'JELMA'


Wak Jang memberikan azimat pelaris perniagaan kepada Rosli serta memberi penerangan terperinci tentang cara menggunakan azimat ini. Wak Jang memberikan jampi serapah untuk dihafal oleh Rosli. Apakah maksud disebalik jampi serapah yang diberikan itu?

Jelma: Episod 2

Semasa Azizah tidur di biliknya, Rosli berada di sebuah bilik lain yang dikeliling lilin-lilin merah dan membaca jampi serapah di dalam lingkaran bulatan yang dilukisnya. Dia melukakan tapak tangan dan menitiskan darah ke atas patung azimat. Angin bertiup kencang sehingga membuka semua tingkap dan bilik di rumah. Lelaki itu menghampiri Azizah dan meletakkan tangannya yang berkedut dan berkuku hitam ke atas perut Azizah.

Jelma: Episod 3

Azizah kesakitan untuk bersalin. Air ketuban Azizah pecah dan dia terkejut dari tidurnya. Rosli memegang erat tangan isterinya yang menahan kesakitan menolak bayi keluar. Suasana bilik bersalin menjadi begitu busuk dan memualkan. Rosli tiba-tiba keluar dari bilik bersalin itu...

Jelma: Episod 4

Dr. Mulyani dan seorang jururawat terpaksa berhadapan dengan Azizah yang tiba-tiba mengalami tumpah darah. Azizah yang masih lemah, tiba-tiba duduk tegak dan bersuara. Jururawat dan Dr. Mulyani yang panik cuba melepaskan diri dari bilik tetapi pintu dan intercom gagal berfungsi...

Jelma: Episod 5

Doktor Mengesahkan kematian Azizah kepada Rosli. Dalam keadaan sedih, Rosli mengimbas kembali saat arwah Azizah menyatakan kebimbangan yang dialaminya kepada Rosli dahulu. Satu malam Rosli sedang tidur, tiba-tiba dia tersedar Azizah muncul di sebelahnya...

Jelma: Episod 6

Rosli tersedar dari mimpi. Dia bersyukur kerana keadaan ngeri itu hanya mimpi. Namun sejurus menghembuskan nafas lega, dia terlihat satu bungkusan di hadapannya. Sebaik saja dia memegang bungkusan itu, dua jelma muncul lalu menerkam Rosli...

Jelma: Episod 7

Restoran milik Rosli sibuk dengan pelanggan. Rosli membuka laci di kaunter, kelihatan azimat yang berbungkus kuning. Di sekolah, Reza sedang belajar bersama rakan sekelasnya manakala Mak Tom berada dirumah mengemas bilik Reza, tetapi ada sesuatu yang misteri di bilik tersebut...

Jelma: Episod 8

Mak Tom yang ketakutan akibat kehilangan patung Reza secara tiba-tiba berlari keluar dari bilik Reza. Di tadika pula, Reza yang baru menikmati waktu rehatnya sambil bermain anak patung kesayangannya diganggu oleh kawan sekelasnya Zizi...

Jelma: Episod 9

Nenek sudah tiba di rumah Rosli bersama Halimah. Dia berniat hendak menjodohkan Rosli dengan seorang gadis yang warak. Sementara itu di sekolah, Zizi dan Airin sedang bermain dengan mainan yang dirampas dari Reza. Tanpa diduga, jemlaan lelaki muncul membantunya...

Jelma: Episod 10

Reza kurang senang bila Rosli memberitahunya nenek sudah ada di rumah. Kedatangan nenek untuk membincangkan calon isteri kepada Rosli. Reza makin berang bila nenek menyuarakan niat hendak mengajarnya mengaji Muqadam dan dalam diam dia berdendam dengan nenek...

Jelma: Episod 11

Malam itu, Reza tidak menjangkakan yang nenek akan membaca Surah Yassin sehingga dia menjerit kepanasan. Reza tidur di bilik ayahnya pada malam itu, tetapi apabila malam makin berlalu, nenek pula diganggu...

Jelma: Episod 12

Semasa bersarapan, Reza yang sudah sihat sangat gembira bila Rosli berjanji akan membawanya ke restoran dan membelikannya barang mainan. Tiba-tiba, mereka berdua dikejutkan dengan jeritan ngeri dari Mak Tom...

Jelma: Episod 13

Ahli keluarga meninggalkan pusara nenek seorang demi seorang. Rosli duduk murung di pusara sambil ditemani kakaknya Halimah dan abang iparnya, Rashid. Manakala Mak Tom pula bersama Reza menunggu di dalam kereta. Tiba-tiba, Mak tom terdengar Reza bercakap dengan sesorang...